柔佛新山洗肾中心 - 临近新加坡
柔佛新山洗肾中心 - 临近新加坡

Call Now & Schedule Today

012-7687970

Tatacara Pengebilan

N&K Dialysis Centre

i

Serahan Dokumen

Semua pesakit yang menggunakan surat jaminan kerajaan atau swasta perlu menyerahkan dokumen yang berkaitan untuk diproses terlebih dahulu oleh pihak pengurusan pusat dialisis.

1.

Disahkan oleh Pakar

Penerimaan pesakit hanya dibenarkan setelah disahkan oleh pakar nefrologi dan OYB, arahan akan diterima dari pihak pengurusan untuk urusan pendaftaran pesakit.

2.

Pengambilan pesakit

Pengambilan pesakit akan dilaksanakan dengan mendaftar dan memberi rawatan sebagaimana yang dipreskripsi oleh doktor.

3.
h

Bil Harian

Bil secara harian akan dikeluarkan pada setiap kali pesakit mendapatkan rawatan dan ubat yang tertulis dengan jelas tujuan bayaran yang diterima oleh pihak pusat rawatan dialisis.

4.

Resit Bayaran

Anggota yang menerima bayaran secara tunai perlu menandatangani resit dan cop yang jelas, menyerahkan resit bayaran berkenanan kepada pesakit/waris pada setiap kali bayaran diterima dan merekodkan penerimaan tersebut untuk di serahkan kepada pihak pengurusan untuk tujuan penyimpanan.

5.
l

Pengesahan Penerimaan

Pesakit yang menggunakan surat jaminan perlu menandatangani pengesahan penerimaan rawatan diatas bil yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan pada setiap bulan, sebagaimana format yang ditetapkan oleh pihak pembayar.

6.

Surat Pengesahan

Sebarang salinan atau surat pengesahan untuk urusan pengebilan dan resit yang sah laku hanyalah yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan dan ditandatangani serta di cop dengan jelas oleh pegawai yang berkenaan sahaja.

7.

Disahkan oleh Pakar

Sebarang kesilapan atau penukaran bil dan resit perlu diperolehi salinan asal dari pihak pesakit sebelum digantikan dengan salinan yang akan disahkan oleh pihak pengurusan.

8.