Polisi untuk Hak Pesakit dan Waris
N&K Dialysis Centre
N&K DIALYSIS sangat menghormati hak-hak pesakit dan waris yang merangkumi segala segi kebudayaan, kepercayaan, keperibadian dan nilai-nilai murni yang berkenaan.
Pesakit berhak untuk mendapatkan emergency first aid treatment di premis bila diperlukan.
Setiap pesakit layak dirawat dengan pertimbangan hormat dan harga diri.
Setiap pesakit berhak untuk ditemani oleh anggota perubatan semasa pemeriksaan anggota dan rawatan dijalankan.
Pesakit berhak untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi keadaan, hasil penyiasatan dan berhak dijelaskan oleh pegamal perubatan kepada mereka.
Pesakit perlu dibekalkan atau dimaklumkan dengan jelas sebarang kos, syarat dan sebarang pilihan lain untuk rawatan berkenaan, sebarang risiko atas rawatan perlu dijelaskan yang mana berkaitan.
Pesakit perlu menandatangani borang high risk consent sebelum memulakan rawatan di premis.
Setiap pesakit berhak untuk dirawat secara profesional dan berbudi bahasa.
Setiap individu berhak untuk diberi ruang peribadi semasa proses temubual pemeriksaan dan rawatan yang dijalankan oleh anggota perubatan.
Kanak-kanak yang memerlukan rawatan berhak untuk ditemani oleh penjaga atau ibubapa atau waris untuk berada bersama sepanjang penerimaan rawatan.
Pesakit berhak untuk mendapatkan second opinion dan segala kos yang berkenaan ditanggung oleh pesakit.
Pesakit perlu menandatangani borang kebenaran untuk sebarang rawatan yang akan dilaksanakan sebelum rawatan dimulakan. Bagi pesakit yang dibawah usia 18 tahun perlulah mendapat tandatangan dan kebenaran dari penjaga, ibubapa atau waris.
Pesakit berhak untuk berbincang dengan sesiapa berkenaan rawatan dan layanan yang
diterima sekiranya mereka tidak berpuas hati dan pihak yang berkenaan tidak dapat menyelesaikan masalah mereka. Pesakit juga berhak untuk menyampaikan secara peribadi atau secara bertulis kepada mana- mana pihak yang dirasakan perlu tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak. Pesakit boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan dan anggota N&K DIALYSIS untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib, juga boleh melaporkan kepada KETUA PENGARAH KESIHATAN yang berpusat di putrajaya secara panggilan telefon atau bertulis kepada:
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan
Aras 3 Blok E 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 1
62590 Putrajaya. Telefon nombor : 03-88831307

